Program Promosi NADI Kesejahteraan Kendiri di Hospital Tuanku Fauziah

8 Julai - 9 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 hingga 9 Julai 2026, pihak NADI dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah melaksanakan Program Promosi NADI Kesejahteraan Kendiri bertempat di Klinik MOPD, Hospital Tuanku Fauziah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pesakit dan pengunjung mengenai inisiatif NADI Kesejahteraan Kendiri, di samping menggalakkan komuniti menjalani saringan kesihatan asas secara berkala di NADI.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat NADI Kesejahteraan Kendiri, saringan kesihatan asas, serta promosi aplikasi NADI Member. Melalui program ini, masyarakat dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan yang disediakan oleh NADI serta kepentingan pemantauan kesihatan secara berkala.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali